(1) Belajar melukis secara akadamis walaupun sudah berbakat. Ini bertujuan untuk menajamkan disiplin melukis supaya karya mampu berdiri sebagai karya berkualiti, tidak rapuh apabila dikririk. Belajar secara akademis tidak semestinya masuk universiti. Cukup dengan menghadiri kursus pendek, bengkel, membaca dan belajar dengan orang berpengalaman dan arif dalam bidang ini.
(2) Cuba sering bergaul dengan artis berpengalaman terutama artis profesional.
(3) Senantiasa menyertai pameran-pameran dan pertandingan-pertandingan melukis kerana kejayaan dan kemenangan merupakan pengiktirafan kepada mutu kerja atau karya.
(4) Sertai sebagai ahli persatuan-persatuan seni lukis yang berprestij kerana persatuan berprestij biasanya rapat dengan pihak-pihak tertentu. Ini akan membuka peluang pendedahan kepada masyarakat elit yang selalunya sanggup membeli sesuatu karya dengan harga yang tinggi.
(5) Cuba dampingi galeri-galeri dan berpameran di galeri-galeri swasta kerana galeri swasta mempunyai hubungan rapat dengan kolektor-kolektor (pembeli lukisan).
(6) Guna bahan dan alat melukis yang bermutu kerana mutu alat dan bahan akan menyerlahkan lagi mutu karya.
(7) Komited dengan bidang ini dengan sering berkarya tanpa berhenti. Praktis tanpa henti akan meningkat mutu kerja atau hasil karya.
(8) Mengikuti perkembangan teknologi samasa seperti memiliki laman web sendiri untuk mempromosi hasil-hasil karya supaya diketahui dan dikenali umum.
(9) Menjadikan kerja melukis sebagai satu bisnes yang mendatangkan hasil dan pendapatan.
(10) Memiliki studio sendiri studio akan memeberi keselesaan kerja yang akan meningkatkan mutu kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan