Rabu, 20 Oktober 2010

PERSEDIAAN P&P

Perancangan dan persedian mengajar

1. Format RP Tahunan – kegiatan/bidang, jenis aktiviti, isi kandungan, kemahiran, bahan/alat, catatan.
2. Format RP Mingguan – mata pelajaran, tahun, kemahiran, isi kandungan, aktiviti, alatan.
3. RPHarian – Bidang , tajuk, obj, kemahiran, aktiviti,alatan/bahan, nilai murni.
4. Tiga faktor hasil pembelajaran yg harus digabungkan a) unsur-unsur seni ( garisan, bentuk , warna, jalinan, ruang)
b) kegiatan yg dicadangkan ( 4 bidang PSV)
c) Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya
dan persepsi 5. Faktor penting merancang program pendekatan berkumpulan
- obj pelajaran tepat,jelas, dan dapat diukur
- tidak terlalu banyak kemahiran di dalam sesuatu aktiviti
- tentukan masa mencukupi
- alat dan bahan mesti cukup atau guna bahan kutipan/gantian.
- rancang aktiviti mudah tetapi menarik dan berkesan.
Contoh : melukis dan membuat gambar – Tajuk Hari kebangsaan ,aktiviti pelbagai seperti lukisan, catan, kolaj, resis.
6. Kaedah pengajaran
a) Kaedah inkuiri penemuan- pelajar mengingat kembali, memerhati,mendengar, menyaol, menyiasat, mengkaji dll
b) Penernagan/ demonstrasi – tunjuk carautk menghasilkan objek 2D/3D
c) Projek individu/kumpulan – aktiviti yg mengambil masa lama
d) Lawatan – kajian penerokaan
e) Tayangan bahan visual- beri motivasi serta menimbulkan perasaan ingin tahu.

Pengajaran Mikro dan Makro

1. Set induksi – proses terawal pengajaran utk menarik perhatian pelajar. Tujuan ( membina aliran fikiran,mendapatkan perhatian, menimbulkan perasaan ingin tahu,
mengaitkan pelajaran baru dgn yg lalu, menggalakkan penglibatan murid, menyediakan struktur.
2. Penyampaian berkembang berasaskan senang kpd susah, dekat kpd yg jauh, konkrit kpd abstrak, sudah diketahui kpd yg belum diketahui.
3. Kemuncak – Proses menilai pelajar – Perlunya kerana :
a) mengukur pencapaian pelajar
b) mengukur kecekapan guru
c) mengukur pencapaian obj
d) tindakan susulan sebelum ditamatkan
e) refleksi guru terhadap penguasaan ilmu.
4) Penutup – kesimpulan, penilaian, tugasan susulan, dan ulasan kendiri.
a) kesimpulan kognmitif – beritahu apa yg diajar, menyampaikan ilmu, merumus dapatan pengajaran.
b) kesimpulan sosial – sikap pelajar,psikologi, komitmen,perasaan pelajar, kesan P&P.
5) Koleksi ABM PSV
a) Hasil kerja pelajar yg baik
b) Hasil kutipan benda maujud
c) keratan akhbar
d) koleksi gambar
e) koleksi transparensi
f) filem bergerak g) muzik h) risalah i) perisian berbantu komputer.
6) Penilaian kendiri – Satu proses bersistem bagi menetukan obj pengajaran telah dicapai. Menurut Rowntree – satu
proses mendapat dan mentaksir maklumat ttg pengetahuan,kemahiran, sikap seseorg.
7) Refleksi – Micheal J. Wallace – proses merenung kembali pengetahuan dan pengalaman yg relevan utk membantu kita
menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat diselesaikan.

Strategi

Strategi P&P PSV
1. Sukatan Pelajaran PSV
a) Pengenalan – bidang ilmu pengetahuan , kemahiran dan aktiviti .
b) Hasil Pembelajaran
c) Kandungan – matlamat, objektif, organisasi kurikulum dan kandungan.
d) Matlamat
– melahirkan insan yg harmonis, kritis, kreatif dan proaktif
- kesyukuran kpd Tuhan
- Menghargai keindahan alam , seni dan warisan budaya
- meningkatkan pembangunan diri,keluarga, masy dan Negara
e) Objektif – berdasar FPK – menyeluruh, seimbang, bersepadu, harmonis.
f) organisasi –
i- pemerhatian secara aktif – sensitivity deria termasuk
PSA,benda yg konkrit,minat, bahan dan mencetus idea
ii- interatif yg kritis & kreatif dgn alat dan bahan- melibatkan aktiviti penerokaan dan penghasilan
iii-Apresiasi ( penghargaan ) SV secara mudah- pernyataan dgn aktiviti diakhir pelajaran.
iv- menghargai nilai baik- idea dikaitkan dgn kehidupan

Pendapat Chapman 1986- 4 aspek utama
i. pemerhatian
ii. penerokaan
iii. penghasilan
iv. apresiasi dan perlanjutan.

2. Strategi P&P PSV
a) Kontruktivisme – membina konsep berdasarkan pengetahuan sedia ada. Pelajar digalak mencari idea,buat kajian, yakin diri dan dpt berintraksi. Kerja yg dilaku sendiri
akan menguat minda manusia.
b) Teori kecerdasan pelbagai – kebolehan meny. Masalah, menjana masalah baru dan membuat sesuatu. ( meniru aksi , menggaya aksi , meniru bunyi, meniru muzik, menyebut
ejaan , membanding panjang objek dgn jari , membilang )
Naturalis, verbal-lingustik, logik-matematik, visual-ruang , intrapersonal, interpersonal, muzik , kinestetik.
c) ICT – satu alat tambahan/ sokongan kpd P&P yg berkesan berpandukan ICT.
d) Pembelajaran akses kendiri – pelajar belajar sendiri dgn pengawasan dan bimbingan guru.
e) Pembelajaran Masteri – P&P berfokuskan kpd murid – x faham ( pemulihan), faham ( pengayaan).
f) Kajian masa depan – pelajar diajar cara berfikir bagi meransang minda berdasarkan ramalan , imaginasi and kreativiti.
g) Pembelajaran secara kontekstual – keadah menggabung isi kandungan dgn pengalaman individu melalui aktiviti handon,
mind-on.
h) Kemahiran berfikir – proses menggunakan minda untuk mencari makna dan meny. Masalah.
i. KB kreatif – kebolehan mencerna dan
m’hasilkan idea asli.
ii. KB kritis – kebolehan utk menilai
kemunasabahan idea

3. P’uji’n & p’nilai’n PSV
a) Konsep Pengujian – memperolehi maklumat secara objektif dan bersistem . Tujuannya :
- memperolehi m/balas P&P
- memasukkan murid dlm kump. Tertentu mengikut criteria
- memilih murid utk sesuatu tugas
- mengkategori murid
- memotivasi murid
- menyelidik P&P murid.
b) Konsep Penilaian
i) Pn Formatif – mengukur kemajuan murid diakhir sesuatu unit pembelajaran.
ii) Pn Sumatif – dijalankan pada akhir tahun bagi tujuan memberi gred.
c) Penilaian berasaskan sekolah
– diselaraskan secara berpusat melalui 3 cara – pemerhatian , lisan , bertulis dan amali.
d) Penilaian Portfolio
– Portfolio PSV merupakan satu fail kerja yang berterusan mengikut keperluan semasa proses P&P. Guru menilai hasil usaha murid secara spesifik dan menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan