PENDAHULUAN
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya
yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.
MATLAMAT
Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
OBJEKTIF
Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual,
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya,
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual,
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain,
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya,
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan
dengan keselesaan hidup, dan
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
KANDUNGAN PSV
Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah disusun berdasarkan kandungan yang dibahagikan kepada:
1. Penghasilan seni visual
2. Sejarah dan apresiasi seni visual
BIDANG SENI VISUAL
Bidang ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan nilai kenegaraan.
Sehubungan itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni.
Bidang ini meliputi asas seni reka, seni halus (lukisan, catan, arca dan cetakan), komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional dan dimensi baru.
Bidang Penghasilan Seni Visual meliputi:
a) Asas Seni Reka
i) Unsur Seni garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna
ii) Prinsip rekaan harmoni, penegasan, imbangan, kontra,irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.
b) Seni Halus lukisan, catan, arca dan cetakan
c) Komunikasi Visual reka bentuk grafik dan multimedia
d) Reka Bentuk reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan lanskap)
e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru tembikar/seramik, batik, ukiran kayu,anyaman, tenunan dan tekat.
Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan dengan budaya kebangsaan. Murid dapat menyatakan kefahaman, membuat apresiasi dan kritikan seni.
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual meliputi :
a) Perkembangan Seni Visual di Malaysia:
i) Seni Halus gerakan seni halus, pelukis,penghasilan dan sumbangan.
ii) Kraf Tradisional dan Pribumi tokoh, penghasilan dan sumbangan.
b) Peralatan senjata dan domestik
c) Alat Permainan gasing, wau dan alat muzik tradisional
d) Seni Bina kediaman, masjid, wakaf, gerbang,makam dan taman
e) Kenderaan darat dan laut atau sungai
f) Pakaian baju kurung, baju melayu, baju kedah, baju cekak musang dan lain-lain.
g) Perhiasan (Ornamen) hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang
PENGERTIAN PSV
- Proses p’hasil’n karya seni dgn m’libat’n aspek pemahaman,p’hayat’n & kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
4 Bidang utama PSV
a) Menggambar
b) Membuat corak dan rekaan
c) Membentuk & membuat binaan
d) Mengenal kraf tradisional
MATLAMAT PSV & OBJEKTIF
- membentuk keperibadian celik budaya
- mempunyai nilai estetik yg tinggi ,kreatif,inovatif
- rasa k’syukur’n terhadap tuhan
- menghargai keindahan alam
- menyumbang kearah pembangunan diri,keluarga
- selaras dgn FPN
- Menunjukkan p’harga’n terhadap tokoh seni visual
- dijadikan sbg prospek kerjaya.
AKTIVITI PSV
Kegiatan membentuk dan membuat binaan
Aktiviti bahan teknik
arca timbul Kepingan kayu , batu, kertas lumat, tanah liat Acuan, tampalan, asemblaj, binaan
Asemblaj-bhg yg dicantum menjadi kesatuan objek Kayu, logam, simen , besi Kimpalan, binaan, cantuman skru , gam
Mobail-cantuman kertas , tali, dawai Besi, dawai, kertas, tali, logam, kadbod Kimpalam, gam, skru, ikatan
Stabail – cantuman bahan 3D Simen, logam, plastik, spare parts kendaraan Kimpalan, skru, ikatan, acuan, binaan
model Kertas tebal, loyang, gangsa, zink, akar kayu Gam, kimpalan, skru, acuan
Diorama – model dgn sesuatu tema Plywood, papan, zink, patung, karangan laut Cantuman, gam, kimpalan
boneka Tekstil, span, tali, cat spray, warna Jahitan, gam, kimpalan, skru
topeng Papier mache, plastic, s/khabar, habuk papan Gam, cantuman, kimpalan
Origami ( seni
lipatan kertas ) Kertas, tekstil,
gunting, pisau nt,
gam dan tali Lipatan,
golongan.
2. Tema atau subjek
a) alam s/jadi dan objek persekitaran- flora fauna
b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi –cipta
sesuatu melangkaui batas fizikal.
c) aliran dan tema sejagat – berkonsepkan kehidupan manusia cth wau – wau bulan.
d) keperluan dan pengalaman hidup harian- meletakkan keperluan asas masyarakat dan Negara cth. Menara KL
3. Perkembangan dan penghalusan idea
a) melalui pemerhatian dan kajian visual mengenai alam dan fenomenanya
b) Perubahan cara bekerja – ada perubahan dan kelainan dalam penghasilan idea.
c) Penerokaan symbol dan makna – terus mencuba dan menemukan dapatan baru.
4. Penentuan alat dan bahan – bahan terbuang, benda drp alam sekitar, benda buatan manusia, bahan terbuang buatan manusia cth kerusi patah dsn.
5. Cara membentuk dan membuat binaan
- kenalpasti bahagian binaan
- mencantum bentuk
- imbangan kestabilan dan kedudukan
- guna alat dan bahan pengolahan
- m’hasil’n jenis bentuk bergerak
- melengkapkan bentuk mengikut perancangan
- membanding hasil rekabentuk dgn objek sebenar
- memahami proses
- menilai hasil bentuk rekaan
- memperagakan bentuk rekaan
- menceritakan pengalaman baru
- mempamer dan mempersembahkan
6. Persembahan hasil kerja
a) Ekspresi diri
- menetapi tema dan tajuk
- sesuai dgn tujuan hasilan
- kuat, kukh, selamat
- kosep kepelbagaian bahan
- imbangan yg menarik
- menguasai prinsip rekaan – rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan, kesatuan.
- asli, unik dan berketerampilan.
b) Kem. Mengaplikasi alat, bahan dan teknik
- kesuaian tajuk
- membuat lakaran kecil sesuai dgn objek
- dikawalselia progress kerja
- pilih teknik membuat
- Alat diguna dgn betul dan tertib
- tekstur yg licin dan menarik
- kemasan akhir projek
- Tapak yg kukuh dan selamat.
Mengenal kraf tradisional
1. Kraf Tradisional – kerja-kerja berunsurkan seni yg melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masy. Yg diwarisi turun temurun.
2. Jenis kraf tradisional
a) alat domestik perlatan harian masyarakat tradisional – spt senduk (tempurung), kukur kelapa (besi, kayu), tenggala (kayu) Teknik – luakan, asemble,ukir.
b) alat permainan – alat permainan yg dimainkan utk mengisi masa lapang selepas kerja menuai . Spt wau (proses-memilih buluh, meraut, membentuk rangka,
menampal kertas dan corak )
Gasing-Jenis ( lang laut, leper, uri, piring) , Bahagian (paksi, temin,turaplabu,bahu, leher, kepala dan patak) Proses ( memilih kayu,
membakal-kerat dan potong berbentuk kun, melarik, simpailingkaran logam pada bahu,labu dan patak)
c) Alat pertahanan diri –senjata- digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri. Spt keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam,
lembing, sumpit dll.
d) Batik – sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Kaedah ( batik tulis, lukis, canting ). Proses ( kain dibasuh utk membuang kanji, dikeringkan dan diregangkan , motif
dan corak dilakarkan dgn pensil, bahan campuran lilin dipanaskan, melakar diatas fabrik dgn canting , bahan warna disapu pad motif)
e) Seni tekat – tekstil yg dihasilkan dgn cara menyulam benang ke tasa kain dasar jenis baldu. Proses ( Penciptaan, persiapan
pemidang, membentuk mempulur, menyulam)
f) Tembikar – barang kraf yg dihasilkan drp tanah liat, dibentuk dan dibakar. Alat yg digunakan (pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek dll )
g) Seni anyaman – satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah buluh, rotan, lidi, bertam , paku-pakis ribu ribu melalui teknik selang-seli. Proses daun ( melayur , menjangka daun- sisir/belah, melurut, merendam, pewarnaan- kuning (kunyit)
jingg/ merah (buah kesumber india) biru tua (daun mengkudu) ,hitam (buah pokok arang), hijau (daun bemban), mencelup warna.
Proses anyaman ( lagang-bilah daun dibentuk V, mengayam,
pepeh- anyaman mati tepi tikar, sisip- guna buluh elak terburai,kerat lebihan bilah anyaman)
Kelarai – corak atau motif berbentuk dam. Yg tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas.
h) Senu ukiran kayu – kraf tangan utk menghiasi rumah, Fungsi (hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, tebar layar dll ) Teknik mengukir ( bunga timbul , papan tebuk )
APRESIASI
Apresiasi dan kritikan Seni
1. Definisi – kajian mengenai pelukis mengenai hasil seni mereka berkait dgn aspek pemahaman dan kognitif.
Smith – pendidikan seni harus dilihat dlm skop yg lebih luas.
Chapman – pelajar dpt memahami adat,tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.
Macfee – Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.
2. Tujuan apresiasi seni
a) memahami dan betindak terhadap aspek seni
b) mtahui pentingnya nilai seni dlm kehidupan
c) mhasilkan karya
d) memahami seni dan hubungannya
e) membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti seni.
3. Pendekatan Apresiasi seni
a) Pendekatan secara logik – tradisional – penerangan (membaca,mengkaji dll), pemerhatian (pameran,filem,gambar), perbandingan (analisa, perbandingan) ,penghasilan ( membuat mengikut saya rtis)
b) Pendekatan secara psikologi – menjurus kpd perasaan peribadi, bersifat emosi, kepada sesuatu karya seni. Aktiviti spt perbincangan, proses inkuiri, kritikan, mengolah bahan dll
4) Kaedah melihat seni ( Kritik )
a) Hedonistik – luahan spontan s/ada suka @ tidak, tertarik, pernyataan spontan.
b) Kontekstualistik – pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta kejelasan.
c) Organistik – melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsure unsure seni, imbangan, perulangan,kesinambungan.
d) Normistik – kriteria sesuatu karya dr aspek nilai masyarakat, agama dan budaya.
e) Elektik – gabungan persepsi penilai seni ttg tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik, sederhana dan kurang baik.
5) Proses Apresiasi
a) menggambarkan sifat tampak b) menganalisa hubungan unsure seni, prinsip dan struktur c) tafsiran yg terdapat pada sifat-sifat tampak d)penilaian terhadap keaslian, gubahan, teknik dan fungsi
6) Aspek nilai melalui aspresiasi seni
- Seni dlm kehidupan
- seni dlm komunikasi ( seni halus )
- R/bentuk rumah tradisional
- Perkembangan seni dlm budaya kebangsaan
- Hasil seni rakyat – perlatan,tekat,tenunan,bangunan
- Perkembangan seni lukis moden Malaysia.
- Seni dlm budaya lain : kraf dan seni halus.
Bidang
Bidang Kegiatan Menggambar
1. Asas-asas menggambar – menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut ekspresi tersendiri (pengalaman langsung) hingga dapat idea baru dari benda konkrit.
2. Alat dan Bahan – pensel, cat minyak, krayon, cat air, pen dll
3. Teknik menggambar – lukisan , catan ( mengecat) , kolaj (tampalan-bebas dan bertindih) , montaj, cetakan, resis (gunakan
bahan yg x bercampur spt warna aii dan warna lilin ), gosokan,stensilan, percikan, gurisan (guna krayon pd permukaan dan guris dgn benda tajam) , capan (guna bahan yg disapu dgn warna cth kulit siput , dll), mozek (tampalan 4 segi kertas warna keatas kertas.)
4. Persembahan hasil karya
a) Ekspresi diri .
b) Kem. Mengaplikasikan alat,bahan dan teknik.
c) Apresiasi dalam bidang menggambar
Bidang Rekaan dan Corak
1. Apa itu corak – struktur susunan ulangan berdasarkan motif.
Seperti alam s/jadi, bahan buatan mns , geometri, abjad, brg kraf
2. Susunan corak – Penuh, turun separa, berulang, orgee, batu bata, berpusat , sendeng, berombak, bertindih, jidar bertimbul, berjalur, cerminan
3. Teknik,alat dan bahan, proses dan hasil
a) Corak tak terancang – pualaman (cat kilat dalam air), tiupan, titisan , ikatan & celupan, renjisan & percikan.
b) Corak terancang – lukisan , catan, cetakan, capan, lipatan& guntingan, resis, kolaj, kaligrafi.
p&p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan